Kelas ganti diadakan pada hari khamis 25 Mei 2017, pada hari ini kami perlu melaksanakan pembentangan kumpulan. Terdapat 4 kumpulan yang membentangkan hasil dapatan yang diperolehi berdasarkan tajuk masing-masing. Pembentangan kumpulan sangat unik kerana semua kumpulan menyediakan kaedah Augmented Reality. Saya secara peribadinya sangat bertuah kerana berpeluang berada di bawah tutor Dr Fariza kerana kami berpeluang mencuba pelbagai ilmu baru yang dikongsikan oleh Dr Fariza. Semua pembentangan dijalankan dengan menggunakan aplikasi Aurasma bagi menerangkan kepada semua. Semoga saya berpeluag lagi untuk berada dibawah tenaga pengajar yang berkaliber seperti Dr Fariza. Hari ini merupakan kelas terakhir untuk kami bersama, sesungguhnya saya akan mempraktikkan setiap yang diajar oleh tutor dengan sebaiknya apabila saya bergelar seorang pendidik di masa akan datang. InshaAllah. Akhir kata, terima kasih banyak Dr Fariza.
0 Comments
|