Pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa pada hari ini, di mana kami telah diajar mengenai teknik-teknik fotografi. Kali ini pembelajaran lebih menarik kerana berpeluang melihat sendiri hasil tangan Dr. Fariza sendiri dalam dunia fotografi, ternyata Dr. Fariza sangat pakar dalam bidang fotografi ini. Sungguh cantik setiap gambar yang telah di ambil oleh Dr. Dr. Fariza berkongsi maklumat tentang bagaimana ingin mengambil sesuatu gambar itu dengan teknik yang betul. Di antara teknik yang ditekankan oleh Dr. Fariza ialah teknik Depth of Field, Rule of Third, Apertures, Shutter dan pelbagai lagi. Dr. Fariza meminta kami untuk mengambil 10 gambar ataupun lebih dengan menggunakan teknik yang telah diajar. Ini merupakan tugasan individu disamping kami perlu mencipta sebuah kulit buku gambar tersebut dengan mengikut kreativiti masing-masing.
0 Comments
|