Pada minggu ini, kelas tutorial berlangsung dengan jayanya. Dr Fariza meminta kami untuk melawati di blognya. Setiap pelajar perlu membalas setiap komen di ruangan topik yang dinyatakan. Saya dapat melihat sendiri blog Dr Fariza dan ternyata pelbagai perkongsian ilmu telah beliau kongsikan di laman blognya. Saya sangat kagum dengan kredibiliti Dr Fariza sebagai seorang pensyarah teknologi pendidikan.
Yang menariknya pada minggu ini Dr Fariza telah menyampaikan ilmu yang sangat menarik iaitu mengenai "Augmented Reality". Menurut Dr Fariza Augmented Reality ialah sesuatu benda yang tidak hidup namun boleh timbul menjadi sesuatu yang nyata. Dr Fariza menunjukkan bagaimana Augmented Reality dihasilkan. Setiap pelajar berpeluang merasai sendiri bagaimana Augmented Reality itu terbentuk. Melalui telefon pintar Dr Fariza kami ditunjukkan dengan kemunculan animasi daripada buku yang diletakkan di atas meja. Kami merasa sangat teruja dengan apa yang kami saksikan untuk buat kali pertama. Kami tertanya-tanya bagaimana animasi tersebut boleh kelihatan seperti nyata dan akhirnya Dr Fariza menerangkan kepada kami satu persatu bagaimana Augmented Reality dihasilkan. Dan ternyata untuk menghasilkan Augmented Reality kita perlu mempunyai aplikasi tertentu di dala telefon pintar. Aplikasi tersebut dinamakan Aurasma dan kami wajib memuat turun aplikasi tersebut bagi menjayakan pembelajaran pada minggu ini. Kami juga perlu membentuk kumpulan bagi melaksanakan tugasan penulisan, saya berkumpulan bersama dengan Nurshuhada, Norfadzliana dan Jiran Daud dan tajuk kumpulan kami ialah Flipped Classroom.
0 Comments
|