Pada minggu ini, Dr, Fariza meminta kami untuk membina empat kumpulan untuk membuat satu tugasan secara berkumpulan. Setiap kumpulan diberi satu tajuk berkaitan penggunaan media untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkesan. Tajuk tersebut juga merangkap sebagai media iaitu poster, video, LCD dan Internet. Setiap kumpulan mempunyai tiga orang ahli dan saya satu kumpulan bersama Siti Zuhrah dan Khairunnisya. Kami mendapat tajuk media video, menariknya sesi tutorial pada hari ini adalah setiap kumpulan diberi tempoh masa selama 20 minit untuk berbincang bersama ahli kumpulan dan perlu membentangkan hasil dapatan kami berdasarkan tajuk masing-masing. Menurut Dr. Fariza kumpulan terbaik akan mendapat hadiah darinya dan perkara yang tidak disangka-sangka kumpulan saya merupakan kumpulan terbaik. Walaupun hanyalah pembentangan yang kecil dan dianggap biasa sahaja tetapi bagi saya pendekatan yang digunakan Dr. Fariza sepanjang sesi tutorial ini adalah sesuatu yang sangat menarik dan berkesan. terima kasih Dr. Fariza!
|
MASA DEPAN BERGANTUNG PADA APA YANG KITA LAKUKAN SEKARANGArchivesCategories |